Malay: SK Broadband Melangkaui Had 1Gbps Gfast dengan Sckipiode
16897
page,page-id-16897,page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode-theme-ver-9.2,wpb-js-composer js-comp-ver-4.11.2.1,vc_responsive

Media Contacts:

Rainier Communications

Marianne Sabella Dempsey

Mdempsey@rainierco.com

508-475-0025 x115

 

Michelle Allard McMahon

mmcmahon@rainierco.com

781-718-3248

SCK-Features-Icons-01

Malay: SK Broadband Melangkaui Had 1Gbps Gfast dengan Sckipio

SK Broadband melancarkan perkhidmatan Gfast gigabit 212MHz yang sebenar di Seoul dan Seongnam, Korea Selatan

 

RAMAT GAN, Israel, 12 November 2018  Sckipio Technologies dan penyedia perkhidmatan internat, SK Broadband melancarkan penggunaan komersial internet Gfast 212MHz gigabit pertama di Asia. SK Broadband melancarkan perkhidmatan gigabit Gfast baharu itu di Seoul dan Seongnam, Korea Selatan.

 

“SK Broadband berazam untuk menyediakan internet gigabit untuk semua, tetapi tidak semua pangsapuri Korea Selatan boleh dipasang kabel gentian,” kata Choong-Bok Lee, pengurus rangkaian akses di SK Broadband. “Sebab itulah kami memilih Gfast Sckipio. Ia adalah cara terbaik untuk membawakan prestasi gentian gigabit ke pangsapuri melalui dawai pasangan terpiuh telefon sedia ada.”

 

Sejak dahulu, SK Broadband sentiasa menjadi yang pertama memasarkan teknologi akses paling canggih pada masa itu, seperti VDSL, G-PON, NG-PON2, XGS-PON dan kini Gfast. SK Broadband memulakan perkhidmatan komersialnya untuk pelanggan tetap dengan NG-PON2 pertama di dunia yang menyokong sehingga 52.25Gbps, dan juga XGS-PON. SK Broadband mencapai kelajuan jalur lebar yang tinggi dengan menggunakan pendekatan praktikal iaitu menggabungkan gentian dan kuprum. Kebanyakan bangunan pangsapuri Korea Selatan sudah mempunyai sambungan gentian ke tingkat bawah tanah. Namun, bangunan ini selalunya sudah lama, dan tidak praktikal untuk membawa gentian ke atas pangsapuri. Sebab itulah hanya 34 peratus pangsapuri di Korea Selatan mempunyai sambungan gentian ke pangsapuri manakala 66 peratus lagi memerlukan pendekatan lain.

 

Inilah fungsi Gfast. Gfast ialah teknologi rangkaian akses berdasarkan standard yang menambah sambungan gigabit sebenar ke setiap unit dalam bangunan menggunakan dawai telefon pasangan terpiuh. Dengan menggunakan teknologi pemvektoran untuk membatalkan cakap silang antara talian, Gfast memberikan prestasi seperti kabel gentian, tetapi dengan masa, kos, dan kerenah yang lebih rendah. Teknologi pemvektoran sebenar memberikan perkhidmatan gigabit serentak kepada semua pelanggan yang bersambung ke satu penjilid dawai pada masa yang sama, yang tidak dapat dilakukan oleh teknologi tanpa vektor. Gfast juga boleh dikembangkan sehingga 96 port gigabit dengan menindan unit titik agihan (DPU) dan pemvektoran di seluruh DPU. Hal ini membolehkan pembawa seperti SK Broadband menjimatkan perbelanjaan modal.

 

Menurut Perkhidmatan Maklumat Statistik Korea, lebih daripada separuh penduduk Seoul dan Wilayah Gyeonggi di sekelilingnya tinggal di bangunan tinggi yang padat dengan pangsapuri. Untuk mencapai individu-individu ini dengan kelajuan gigabit yang diperlukan, penyelesaian Gfast baharu diperlukan yang mampu menyokong teknologi 212MHz dan mampu melaksanakan pemvektoran (teknik pembatalan cakap silang merentasi talian yang banyak secara serentak). HFR, pembuat kelengkapan infrastruktur rangkaian Korea Selatan telah bekerjasama dengan untuk memberikan penyelesaian SK Broandband yang dapat menyokong sehingga 96 pelanggan. DPU HFR menyediakan khidmat untuk 24 pelanggan dalam satu DPU dan boleh disambungkan ke tiga DPU tambahan, yang membentuk kumpulan pemvektoran lebih besar dengan 96 port untuk 96 pelanggan yang berkongsi penjilid kumprum yang sama. Hanya Gfast Sckipio mampu penampung 96 pelanggan gigabit serentak.

 

“Dengan bekerjasama dengan SK Broadband dan HFR, kami menjadikan jalur lebar Korea Selatan paling laju,” kata David Baum, CEO Sckipio. “Penggunaan ini menunjukkan bahawa teknologi Gfast mampu memberikan perkhidmatan gigabit ke persekitaran pangsapuri yang besar tanpa memerlukan pemasangan sambungan gentian.”

 

“Kelajuan gigabit telah menjadi standard pemasaran baahru untuk pengendali di seluruh dunia,” kata Julie Kunstler, Penganalisis Utama di Ovum. “Dengan akses pantas dan persaingan untuk pelanggan jalur lebar di Korea Selatan, tidak hairanlah SK Broadband menerima Gfast.”

 

Perihal Sckipio
Sckipio ialah peneraju Gfast yang membangunkan modem Gfast yang mematuhi standard dan telah memenangi anugerah bagi membolehkan akses jalur lebar ultra dan angkut balik mudah alih. Sckipio bekerjasama dengan lebih daripada 30 syarikat global untuk membangunkan Gfast dan merupakan salah satu penyumbang utama standard ITU-T. Untuk maklumat lanjut tentang Sckipio, lawati laman web kami di http://www.sckipio.com. Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di LinkedInSlideShare dan Twitter @SckipioTech.

 

Hubungan media:
Marianne Dempsey/Michelle Allard McMahon
sckipio@rainierco.com
508-475-0025